Aniversary

Daisypath Anniversary tickers

Menanti kelahiran cahaya mata kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

SURAH AL-MULK

Isnin, 12 April 2010

nurani: dimana syurga seorang anak?…


“DAN hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong, takbur dan membanggakan diri.” (an-Nisa’: 36)

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah Allah yang wajib diikuti. Berbuat baik sifatnya umum, ini termasuk bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar, malah selalu mengingati dan menghargai pengorbanan yang mereka berikan kepada kita selama ini.

Jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar. Mereka bersusah payah memelihara dan menjaga si anak siang dan malam, mengorbankan waktu, tenaga, perasaan serta wang ringgit demi memberikan yang terbaik daningin melihat anaknya menjadi seorang yang terbaik.
Atas faktor itu, Islam dari awal lagi menetapkan tang gungjawab kepada si anak supaya melakukan kebaikan kepada ibu bapa dalam segenap aspek, bermula dari hati, tutur bicara dan tindakan.

Malah, jika diteliti tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan dalam al-Quran, kerana perintah ber kenaan digandingkan dengan perintah tauhid kepada Allah.

“Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun per kataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (al-Isra’: 23)

Melalui ayat itu juga dapat difahami, anak wajib berbuat baik kepada ibu bapa tanpa mengira keadaan dan kedudukan mereka, malah ketika mereka tua dan berkeadaan lemah, lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian. Jangan sesekali disisih.

Islam mengingatkan umatnya, di samping bersyukur kepada Pencipta, sebagai anak wajib bersyukur kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa dapat si anak melihat dunia dan menikmati kemanisannya, malah dapat mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya.

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima ba lasan).” (Lukman: 14)

Maksud daripada beberapa ayat al-Quran terbabit jelas menunjukkan tuntutan berbuat baik terhadap ibu bapa bukan satu perkara remeh yang boleh diambil ringan, malah ia satu tanggungjawab besar yang wajib bagi anak melaksanakan sebaik mungkin.

Jika mahu dibandingkan nilai pengorbanan ibu bapa terhadap anak dan kebaikan si anak kepada ibu bapa, memang tidak terbanding, malah sangat jauh perbezaannya.

Seorang ibu misalnya, sanggup melakukan apa saja demi anak, bersengkang mata hingga pagi jika si anak tidak lelap tidur, tidak berhenti daripada menyusukan anak selagi tidak kenyang, malah dalam aspek makanan dan pakaian anak diutamakan. Tetapi anak belum tentu mendahului ibu bapanya.

Begitu besar pengorbanan ibu bapa dan sudah semesti layak mereka diberikan penghormatan tinggi, lebih-lebih lagi ibu yang sangat rapat dengan anak. Ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w, bermaksud: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.”

Kisah Alqamah misalnya elok dijadikan pengajaran. Beliau sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris atas layanannya.

Walaupun Alqamah kuat beribadah, beliau melakukan sesuatu yang menggores perasaan ibunya, lalu ibunya kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa itu sepatutnya dijadikan iktibar, semoga perkara yang dialami Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Jika sebelum ini berlaku beberapa kes yang mengecewakan seperti dipaparkan media, mencederakan dan mengasingkan ibu bapa, mudah-mudahan dengan kesedaran mengenai perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa, tiada lagi kes seumpama itu berulang.

Ibu bapa perlu diberikan layanan terbaik, diperuntukkan masa berbicara bersamanya, diziarahi jika berjauhan, di berikan hadiah pada waktu yang sesuai, malah sesekali diajak bercuti atau bersiar-siar bersama bagi menghiburkan ha tinya.

Tidak rugi berbakti kepada ibu bapa, malah ia memberikan satu kepuasan kepada si anak kerana dapat membalas jasa orang tua, walaupun tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka bangga kerana mempunyai anak yang mengenal orang tua.

Anak juga bertanggungjawab mendoakan keampunan dan kesejahteraan kepada ibu bapanya, malah apabila mereka sudah tiada sekalipun, doa kepada mereka tidak dilupakan, sesuai dengan hadis nabi ‘terputus amalan anak Adam, kecuali tiga perkara, ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak soleh.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan