Ni rupa pokok mengkudu ya kalau ada yang tak tau rupa bentuk pokok ni ye..
Nasib baiklah pokok mengkudu dan beberapa pokok lain masih ada. Saya memang suka dengan pokok mengkudu kat rumah saya ni.Kadang-kadang ada orang yang datang minta daunnya untuk di buat ubat.Ye lah mana nak cari pokok ni kat dalam bandar ye..
Apa kata kita kenal-kenal sikit apa khasiat pokok mengkudu ni hari ini ya :
- Pucuk daunnya elok di buat ulam untuk mencuci darah ( tak rasa pahit pun )
- Daun yang segar elok di buat air mandian. Selalunya daun mengkudu akan di rebus dengan daun serai wangi, daun inai, sintok untuk di gunakan oleh ibu yang baru bersalin.
- Daunnya juga elok untuk membalut batu tungku yang di gunakan untuk bertuam.Bertungku selepas bersalin memang elok untuk mengecutkan peranakan sambil memecahkan darah beku dan darah kotor supaya keluar.
- Buah mengkudu juga boleh di buat jus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Hanya ambil buahnya dan di kisar dengan air.
Kata orang tua, kalau kita selalu amalkan makan pucuk mengkudu lambat nampak tua.Memang eloklah kalau kita amalkan makan pucuk mengkudu untuk di buat ulam .Bukan saja selepas bersalin, waktu bila-bila mengadap hidangan.
Jadi pada sesiapa yang dekat dengan rumah saya, kalau nak guna waktu dalam pantang…datanglah ya.Free je..he he.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan